Kuala Lumpur - Persatuan Bekas Siswazah Universiti & Kolej Di China, Malaysia (Liu Hua) julung kali mengadakan seminar atas talian berkenaan melanjutkan pelajaran di China bagi kaum-kaum lain selain daripada kaum Cina pada hari Sabtu dan Ahad (20.06.2020 – 21.06.2020).

Sebelum ini, Liu Hua telah banyak mengadakan seminar atas talian dalam Bahasa Cina. Namun bagi memenuhi permintaan masyarakat umum, dan agar lebih ramai rakan-rakan daripada kaum-kaum lain selain daripada kaum Cina memperolehi lebih banyak maklumat tentang pengajian tinggi di China, Liu Hua memutuskan untuk mengadakan seminar atas talian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, supaya para pelajar dapat 1 penambahan pilihan kuliah-kuliah pengajian tinggi bagi melanjutkan pelajaran.

Bock Chek Lim, Presiden Liu Hua, mengutarakan bahawa semangat para pelajar dan ibu bapa dalam memperolehi maklumat berkaitan pengajian tinggi di negara China tidak dipengaruhi oleh wabak Covid-19 masa ini.

Bock mengatakan bahawa terdapat sekitar 9,500 pelajar Malaysia yang belajar di China. Beberapa tahun kebelakangan ini jumlah tersebut semakin meningkat malah meningkat hampir dua kali ganda pada setiap tahun, menurut data Kementerian Pendidikan China pada tahun 2019.

Walaupun dunia dilanda wabak Covid-19 pada tahun ini, namun ramai pelajar dan ibu bapa tetap tidak berputus-putus untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pengajian tinggi di China.

Dari masa ke semasa, terdapat ramai kaum selain kaum cina yang tidak pernah belajar Bahasa Cina mula berminat untuk belajar di China. Mereka ingin belajar budaya Cina dan ingin memenuhi impian mereka untuk melanjutkan pelajaran di China bagi mengembang potensi kerjaya masa depan mereka. Selaras dengan era kini, hubungan persahabatan antara kerajaan Malaysia dan China telah memberi lebih banyak keistimewaan peluang bagi pelajar Malaysia untuk belajar di China.

Bagi memenuhi keperluan tersebut, Liu Hua akan mengadakan dua sidang seminar atas talian mengenai Pengajian Tinggi di China dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Jadual adalah seperti berikut:

Seminar Pendidikan di China

[Sidang Bahasa Inggeris]
Tarikh:20 JUN 2020(Sabtu)
Masa :2pm-3pm


[Sidang Bahasa Melayu]
Tarikh:21 JUN 2020(Ahad)
Masa :2pm-3pm

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami: liuhuatongxuehui@gmail.com
Telefon No:0391711196/0146087227
Laman Web:http://www.liuhua.org.my/home/